Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Alloha :D You've trapped in my planet:P. Don't ever forget to tag and visit Ain's blog @www.mizzainzulkifle.blogspot.com . so much love, AIN . .

Beef and Mushroom with Lava Cheese Lasagne Recipe

Assalamualaikum everyone !

Okay ni sebenarnya resepi Lasagne yang Ain buat masa cuti IB hari tu. 
Copy paste dari blog lama balik. Haha...

So this morning, I was craving for cheese so I made a special lasagne with lava cheese ! 
Kenapa lava ? Sebab bila cucuk je lasagne tu, maka melimpahlah white sauce dengan cheese. Pehh sodap !
So let me share the recipe ! 

Bahan diperlukan

Main :
  • Kepingan lasagne (selalunya dalam kotak. Ain guna San Remo )

Beef and mushroom filling :

  • Daging kisar 400g
  • Olive oil - 2 sudu besar(boleh jugak guna minyak masak)
  • Bawang merah dipotong dadu kecil - Ikut suka nak banyak mana
  • Cendawan butang dipotong dadu kecil- 1 tin 
  • Sos prego - 14oz
  • Serbuk black pepper
  • Keju mozarella 
  • Garam
  • Sos cili
White sauce :
  • Butter - 1/4 kiub
  • Cheddar cheese - 2 keping
  • Full cream milk - 250ml
  • Tepung gandum -  sudu besar
  • Garam


Cara buat beef and mushroom filling :

1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak. Tumis bawang yang dah dipotong dadu sampai naik bau.
2. Masukkan 400g daging cincang. Gaul sampai bertukar warna dari kemerahan ke coklat. Tengoklah sampai agak-agak daging tu dah masak.
3. Masukkan sos prego mengikut selera anda dan gaul sebati.
4. Masukkan cendawan dan gaul lagi.
5. Letak garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Letak pula 1 sudu besar sos cili. Gaul gaul gaul dan siap !

Cara buat white sos :

1. Cairkan butter.
2. Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sebati.
3. Masukkan susu full cream sebanyak mana yang anda suka. Ain suka letak banyak sebab ain suka white sos ni melimpah masa makan.
4. Masukkan cheddar cheese dan kacau sebati.
5. masukkan garam secukup rasa. Tak payah bebanyak sebab dah masin dah campuran tadi.

Cara melapis lasagne :

1. Sapu butter pada bahagian bawah bekas.
2. Susun kepingan lasagne pada bahagian bawah bekas tadi. Kemudian, letak beef mushroom filling di atas kepingan lasagne tersebut. JANGAN LETAK SEMUA sebab kita nak buat dalam 2 hingga 3 lapisan ! Lepas tu tuang white sos atas beef dan mushroom filling. Lepas tu, tabur cheese mozarella sebanyak mana yang anda suka.
3. Lepas tu susun lagi kepingan lasagne di atas white sos tersebut. Ulang balik proses tadi. Ikut suka la korang nak buat berapa banyak lapis pun tapi standard 3 lapis.
4. Untuk topping, letak kepingan lasagne dan tabur mozarella cheese dekat atas kepingan tadi.
5. Pre heat oven 180 degree Celcius. Dan kemudian masukkan lasagne kita dalam oven. Bakar selama 30-40 minit. Agak-agak cheese dah cair dan berwarna keperangan tu boleh dah angkat.


Ni lah lasagne Ain !

Good luck uolls ! Senang je nak buat. Tapi WARNING ! Tak nak gemuk baik jangan makan benda ni. Memang menggemukkan ! Sesuai untuk yang nak gain weight tapi IT'S A BIG NOOOO untuk makan selalu ya !










Pengalaman Melalui Proses Memakai Braces

Assalamualaikum,

Whassup whassup uolls !


Alhamdulillah, Ain telah pun tiba di UK bagi menyambung pelajaran di University of Manchester. Baru je seminggu lebih sampai sini. Nanti Ain akan share pengalaman di Manchester in the next post okay !


Okay so sekarang nak share experience sendiri dalam melalui proses memakai braces. Orang kata sakit sangat ! Ye ker sakit ? Hahaha... So ain akan cerita step by step from the beginning.


1. CARI DOKTOR GIGI


Memangla kan cari kena cari doktor gigi. Tapi nak share tips berharga. Tanya dulu orang yang dah pakai braces tentang experience diorang dengan orthodontist. Kalau diorang kata orthodontist tu okay dan proses dia TAK SAKIT, bolehla jumpa orthodontist tu. Sesiapa yang duduk area Ipoh, Ain sangat recommend korang buat braces dengan orthodontist Ain di KLINIK PERGIGIAN ONG. Sumpah doktor ni sangat bagus, menyesal tak pilih dia !




2. DATANG KLINIK UNTUK CONSULTATION


Masa consultation ni doktor akan tengok gigi kita dan dia akan beritahu gigi mana yang perlu dicabut. Then, dia akan terangkan tentang seluruh proses yang akan dijalankan serta kos sepanjang proses-proses tersebut.


3. X-RAY GIGI dan ACUAN GIGI


Doktor akan ambil x-ray gigi dan juga buat acuan gigi kita menggunakan bancuhan tertentu. Jangan risau dua-dua proses ni tak sakit langsung ya. 


Kos kedua-dua proses ni adalah dalam RM 250-RM300.



4. CABUT GIGI


Yang ni part yang paling korang benci, ye dok ? Hahaha..meh share pengalaman Ain.


Selalunya orang akan tanya,


" Sakit tak cabut gigi ? "


Jawapannya TIDAK SAKIT.


Hahaha. Ain pun cuak jugak nak cabut gigi sebab takut sakit. Lagipun dah lama tak cabut gigi. Untuk pakai braces ni, Ain kena cabut 4 batang gigi. Untuk first appointment, Ain kena cabut 2 batang lepas tu selang 5 hari, Ain cabut lagi dua batang. 


Kos : satu gigi yang dicabut berharga RM50 jadi total Ain RM 200.


Okay meh ain cerita proses mencabut gigi.


1. First, doktor akan cucuk ubat kebas dekat gusi. 2 batang gigi so lebih kurang 4 suntikan la tadi. Masa suntikan ni rasa agak sakit la, macam kena gigit semut je. Percayalah korang boleh tahan punya, jadi jangan takut.


2. Lepas tu, doktor mula cabut gigi bawah dulu. Untuk yang pertama ni, ain cabut 2 batang gigi sebelah kanan. Doktor dah pesan, "kalau sakit angkat tangan ya." Ain pun ready je la tangan tu. Doktor tu cuma goyang-goyangkan gigi guna satu alat macam playar kecil je..and then, gigi pun siap dicabut ! Percaya atau tidak, serius tak sakit langsung ! Tak rasa apa pun dan hanya ambil masa tak sampai 5 minit sebatang. Kemudian, dia cabut gigi atas. Sama jugak tak rasa sakit.


3. Lepas tu, korang akan dapat kapas dan ubat tahan sakit. Tapi macam Ain, tak perlu ambil ubat tahan sakit sebab memang tak sakit sampai malam. Alhamdulillah.


Bila 2 gigi dah dicabut, darah memang banyak la keluar kan. So nak share tips macam mana nak cepat kecutkan luka dan kurangkan kesakitan :


1. Sentiasa gigit kapas dekat bahagian yang luka. So kesakitan dia tak terasa sangat.


2. Banyakkan minum minuman sejuk yang berais. Ais ni sangat berkesan untuk kecutkan luka. Elakkan minuman panas yaaaaaa.


3. Makan makanan yang lembut sahaja. Jangan makan makanan yang keras.


4. Kalau sakit sangat telan pain killer dan tidur. Tak sakit jangan makan tau !


Pendek kata, CABUT GIGI TAK SAKIT ! Percayalaaaaaaaaah :)


5. SEPERATOR


Tak silap Ain tak semua orang kena pakai seperator ni. Siapa yang gigi geraham dia jenis rapat memang kena pakai. Tujuan : untuk menghasilkan ruang antara gigi geraham supaya band dapat dipasang dengan mudah semasa pemasangan braces.


Seperator ni macam getah yang dipasang di celah gigi geraham. 


SAKIT TAK ? Okay, honestly seperator ni lah yang paling sakit sepanjang proses nak pakai braces ni. Nak makan tak boleh kunyah hampir seminggu lebih jugak. Sabar je lah. Kadang2 rasa berdenyut sampai tak tahan sakit sebab gigi tengah bergerak jadi dinasihatkan mengambil pain killer. Tapi jangan risau...ada setengah orang tak sakit pun pakai seperator ni dan kalau sakit pun, kesakitan akan hilang dalam 1-2 minggu.



Yang ini adalah contoh elastic seperator yang Ain pakai.
6. BRACES

Akhir sekali, doktor akan pasangkan braces anda. Semasa doktor memasang braces ni memang tak rasa sakit jadi jangan risau. Doktor akan tampalkan bracket dulu pada gigi kemudian dia akan gunakan elastic tie utk mengikat wayar braces. Sekejap je siap dalam 20 minit. Selalunya doktor bagi pilih warna yang anda suka untuk elastic tie tersebut.


TIPS WARNA : Pilih warna yang gelap agar gigi nampak lebih putih. Ain ambil Hot Pink untuk pertama kali.


Mula-mula kesakitan tidak akan terasa lagi. Selepas 4-5 jam baru rasa sakit  dan korang akan rasa sedikit pressure pada gigi. Itu normal so make sure makan makanan lembut dan minum minuman sejuk untuk kurangkan kesakitan. Bagi Ain, kesakitan dia boleh ditahan lagi kalau dibandingkan dengan sakit semasa memakai seperator. Ain tak ambil pain killer pun. Tapi ada setengah orang rasa sakit dan tak tahan kesakitan tu so ambillah pain killer yeeee..


Kos : Pemasangan RM 2000, Follow up (setiap bulan) RM 150.



Struktur braces (berlainan susunan mengikut gigi masing-masing)

Okay tu lah sedikit sebanyak pengalaman pertama pakai braces. Apa-apa nanti Ain update lagi. Memandangkan Ain belajar dekat UK sekarang, Ain akan share pengalaman appointment braces dekat UK yang mungkin dapat membantu korang yang kebuntuan sama ada nak pakai braces di luar negara atau tidak. Bye. Thank you sudi membaca :)