Assalamualaikum teman-teman,
Hari ni jom kita bincang cara membersihkan hati.
Hati kita seperti besi.
Besi apabila lama-lama dibiarkan tanpa penjagaan, akan berkarat juga.
Hati pun sama, hati boleh menjadi hitam kerana dosa-dosa yang dilakukan.
Jadi, macam mana yer cara nak bersihkan hati ?
Ni la cara-caranya.......
- Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah. Ucaplah Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya ..
- Beribadat dengan kusyuk dan ikhlas. Dirikanlah solat lima waktudan sentiasa berdoa agar dibersihkan hati. Solat taubat juga kawan-kawan boleh buat kerana ini juga dapat membersihkan hati.
- Berzikir menyebut nama-nama Allah dan baca al-Quran. Ayat Al-Quran kan penggilap hati.. :)
- Sentiasa bermaaf-maafan. Kita juga maafkanlah kesalahan orang lain...
- Amalkan berpuasa sunat sebab puasa dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara kejahatan :)
- Rajin bersedekah dan membantu orang lain. Sekurang-kurangnya kita belanja lah orang makan ke..
- Menjaga makanan. Sentiasa makan makanan yang halal dan diyakini halal..
- Menjaga pancaindera daripada maksiat. Jangan dengar orang mengumpat taw :)
- Berakhlak baik dan rajin menimba ilmu tanpa henti. tak kira la ilmu dunia ke akhirat ke :D
- Sentiasa ingat tentang mati.......
Tu lah antara amalan yang boleh diamalkan. Sama-sama kita berusaha untuk membersihkan hati.
InsyaAllah, kita akan sentiasa mendapat hidayah Allah.
No comments:
Post a Comment