Alloha :D You've trapped in my planet:P. Don't ever forget to tag and visit Ain's blog @www.mizzainzulkifle.blogspot.com . so much love, AIN . .

Beef and Mushroom with Lava Cheese Lasagne Recipe

Assalamualaikum everyone !

Okay ni sebenarnya resepi Lasagne yang Ain buat masa cuti IB hari tu. 
Copy paste dari blog lama balik. Haha...

So this morning, I was craving for cheese so I made a special lasagne with lava cheese ! 
Kenapa lava ? Sebab bila cucuk je lasagne tu, maka melimpahlah white sauce dengan cheese. Pehh sodap !
So let me share the recipe ! 

Bahan diperlukan

Main :
  • Kepingan lasagne (selalunya dalam kotak. Ain guna San Remo )

Beef and mushroom filling :

  • Daging kisar 400g
  • Olive oil - 2 sudu besar(boleh jugak guna minyak masak)
  • Bawang merah dipotong dadu kecil - Ikut suka nak banyak mana
  • Cendawan butang dipotong dadu kecil- 1 tin 
  • Sos prego - 14oz
  • Serbuk black pepper
  • Keju mozarella 
  • Garam
  • Sos cili
White sauce :
  • Butter - 1/4 kiub
  • Cheddar cheese - 2 keping
  • Full cream milk - 250ml
  • Tepung gandum -  sudu besar
  • Garam


Cara buat beef and mushroom filling :

1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak. Tumis bawang yang dah dipotong dadu sampai naik bau.
2. Masukkan 400g daging cincang. Gaul sampai bertukar warna dari kemerahan ke coklat. Tengoklah sampai agak-agak daging tu dah masak.
3. Masukkan sos prego mengikut selera anda dan gaul sebati.
4. Masukkan cendawan dan gaul lagi.
5. Letak garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Letak pula 1 sudu besar sos cili. Gaul gaul gaul dan siap !

Cara buat white sos :

1. Cairkan butter.
2. Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sebati.
3. Masukkan susu full cream sebanyak mana yang anda suka. Ain suka letak banyak sebab ain suka white sos ni melimpah masa makan.
4. Masukkan cheddar cheese dan kacau sebati.
5. masukkan garam secukup rasa. Tak payah bebanyak sebab dah masin dah campuran tadi.

Cara melapis lasagne :

1. Sapu butter pada bahagian bawah bekas.
2. Susun kepingan lasagne pada bahagian bawah bekas tadi. Kemudian, letak beef mushroom filling di atas kepingan lasagne tersebut. JANGAN LETAK SEMUA sebab kita nak buat dalam 2 hingga 3 lapisan ! Lepas tu tuang white sos atas beef dan mushroom filling. Lepas tu, tabur cheese mozarella sebanyak mana yang anda suka.
3. Lepas tu susun lagi kepingan lasagne di atas white sos tersebut. Ulang balik proses tadi. Ikut suka la korang nak buat berapa banyak lapis pun tapi standard 3 lapis.
4. Untuk topping, letak kepingan lasagne dan tabur mozarella cheese dekat atas kepingan tadi.
5. Pre heat oven 180 degree Celcius. Dan kemudian masukkan lasagne kita dalam oven. Bakar selama 30-40 minit. Agak-agak cheese dah cair dan berwarna keperangan tu boleh dah angkat.


Ni lah lasagne Ain !

Good luck uolls ! Senang je nak buat. Tapi WARNING ! Tak nak gemuk baik jangan makan benda ni. Memang menggemukkan ! Sesuai untuk yang nak gain weight tapi IT'S A BIG NOOOO untuk makan selalu ya !










No comments:

Post a Comment