Alloha :D You've trapped in my planet:P. Don't ever forget to tag and visit Ain's blog @www.mizzainzulkifle.blogspot.com . so much love, AIN . .

Mari Membersihkan Hati :)

Assalamualaikum teman-teman,
Hari ni jom kita bincang cara membersihkan hati.

Hati kita seperti besi.
Besi apabila lama-lama dibiarkan tanpa penjagaan, akan berkarat juga.
Hati pun sama, hati boleh menjadi hitam kerana dosa-dosa yang dilakukan.
Jadi, macam mana yer cara nak bersihkan hati ?

Ni la cara-caranya.......

  • Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah. Ucaplah Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya ..
  • Beribadat dengan kusyuk dan ikhlas. Dirikanlah solat lima waktudan sentiasa berdoa agar dibersihkan hati. Solat taubat juga kawan-kawan boleh buat kerana ini juga dapat membersihkan hati. 
  • Berzikir menyebut nama-nama Allah dan baca al-Quran. Ayat Al-Quran kan penggilap hati.. :)
  • Sentiasa bermaaf-maafan. Kita juga maafkanlah kesalahan orang lain...
  • Amalkan berpuasa sunat sebab puasa dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara kejahatan :)
  • Rajin bersedekah dan membantu orang lain. Sekurang-kurangnya kita belanja lah orang makan ke..
  • Menjaga makanan. Sentiasa makan makanan yang halal dan diyakini halal..
  • Menjaga pancaindera daripada maksiat. Jangan dengar orang mengumpat taw :)
  • Berakhlak baik dan rajin menimba ilmu tanpa henti. tak kira la ilmu dunia ke akhirat ke :D
  • Sentiasa ingat tentang mati.......



Tu lah antara amalan yang boleh diamalkan. Sama-sama kita berusaha untuk membersihkan hati. 
InsyaAllah, kita akan sentiasa mendapat hidayah Allah.

No comments:

Post a Comment